Thursday, 28 April 2011

Tabiat Si Comel Kesayangan Anda Part 2

Sambungan part 2 - Mengenali Tabiat Si Comel

Melilitkan ekornya ke badan terutama apabila mahu tidur
Jangan cuba mengusik kucing yang sedang mahu tidur atau dalam posisi rehat yang melilitkan ekornya ke badan. Anda pasti akan dibalas dengan renungan tajam dan ekornya akan melibas - libas ke kiri dan ke kanan.Ini bermakna, kucing anda tidak mahu diganggu dan ia mahu bersendirian!Perlakuan ini dinamakan defensive behaviour.

Merenung tajam , telinga menghala / leper ke belakang
Perhatikan kucing anda dalam keadaan begini, mudah sahaja, ia sedang marah! jadi, jgn balas renungan ini kerana ia bermakna anda sedang mencabarnya!

Mengembangkan bulu apabila bergaduh ataupun takut
Situasi kucing anda pada masa ini agak menarik dan kadang-kadang  menakutkan juga. Percubaan untuk menampakkan dirinya lebih besar dari lawannya / ingin menakutkan lawannya

Mengais - ngais makanan atau mainan yang tidak digemari
Ini menunjukkan ia tidak menyukai sesuatu barang atau makanan dan cuba menyembunyikannya. Dalam keadaan semulajadi, kucing akan mengais - ngais tanah untuk menyembunyikan barang yang tidak digemarinya. Jadi, secara nalurinya, ia akan berbuat perkara yang sama walaupun tiada tanah di kawasan tersebut.

Tidak mahu masuk ke dalam litter boxnya ( kotak pasir tandas ) bagi kucing indoor, mungkin akan membuang najis di luar dari litter box
Ini ialah tanda bahawa ada sesuatu tidak kena dengan litter boxnya, mungkin pasirnya terlalu basah atau anda terlupa untuk menukar pasir baru yang lebih kering dan bersih. Cats are fussy and very clean animals actually....tetapi sekiraya tiada masalah dengan pasir tandas dan ia masih kencing dan berak di luar kotaknya, kemungkinan besar ia mengalami masalah urinari atau sakit perut yang menyebabkan ia tidak sempat hendak membuang air kecil atau najis ke dalam litter boxnya.

Mengiau
Tahukah anda bahawa kucing cuma akan mengiau kepada manusia?komunikasi antara kucing dengan kucing hanya melibatkan dengkuran, ciuman dan geselan badan. Mengiau menandakan ia memanggil anda atau cuba memberitahu anda sesuatu.....contoh: ia ingin makan , ia ingin keluar rumah, ia inginkan perhatian anda, ia inginkan cicak yang kelihatan di dinding rumah dll .

Aktiviti menangkap tikus, cicak atau burung dan membawanya pulang ke rumah atau meletakkannya ke hadapan anda.

Kadang - kadang anda akan begitu marah dengan kucing anda kerana membawa bangkai yang akan mengotorkan rumah dan juga kelihatan kejam.Kucing di habitat semulajadinya suka memburu, jadi perlakuan memburu adalah berasal dari nalurinya, walaupun ia tidak pernah belajar memburu jika ia dibesarkan secara indoor(dalam rumah).Kucing akan memburu dan membawa pulang habuan perburuan itu ke sarangnya ( dalam kes ini, rumah anda) untuk dikongsi bersama atau dijadikan hadiah kepada ahli keluarga yang lain. Sebenarnya perlakuan ini adalah satu penghargaan kepada anda kerana kucing anda menghargai anda sebagai ahli keluarganya!Antara cara untuk mengelakkan hal ini ialah memakaikan kolar berloceng supaya "haiwan buruan " akan menyedari kehadiran kucing anda dan ia sempat lari. Satu lagi cara ialah anda boleh menyorokkan makanan kegemarannya ( asalkan ia masih boleh mencium bau makanan tersebut) atau mainan kegemarannya untuk kucing anda mencarinya dan menggalakkan sifat berburu tadi.

Selalu menjilat bulunyaKucing akan menghabiskan sebahagian masanya untuk menjilat bulunya- ada 2 sebab iaitu 1. ia ingin membersihkan/merapikan badannya (grooming)2.kucing tidak mempunyai kelenjar peluh yang banyak seperti manusia, jadi dengan cara menjilat/ membasahkan bulunya dengan air lur, ia dapat menyejukkan badannya.


Menggaru perabot, karpet, sofa
Kucing anda tidak akan faham sampai bila - bila , kenapa anda begitu marah jika ia berbuat demikian, kerana ini adalah naluri semula jadinya....kucing liar di habitat semulajadinya akan menggaru batang pokok untuk menanggalkan sel kuku mati dan menanda kawasannya.Oleh itu, anda dinasihatkan menyediakan tiang khas (scratching pole)untuk kucing anda menggaru ( boleh dibeli atau dibuat sendiri).Cat scratching pole ini hendaklah yang cukup kukuh supaya ia tidak mudah tumbang apabila kucing anda menggaru.

Source From :
http://catlina7.blogspot.com/

Tuesday, 26 April 2011

TABIAT SI COMEL KESAYANGAN ANDA!

Tabiat Kucing

Menurut Dr.
Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok, (DVM , UPM Serdang) terdapat beberapa tabiat kucing yang boleh menjadi panduan kita untuk memelihara kucing dengan baik. Seronok rasanya kalau kita dapat berkongsi info ini untuk kita memelihara kucing dengan lebih baik lagi.

Sentuhan dan Bau

Jika kita perhatikan, 2 ekor kucing yang dipelihara oleh seorang pemilik akan selalu tidur berhampiran satu sama lain. Mereka akan menggeselkan muka dan pipi apabila bertembung. Oleh kerana kucing tidak dapat menggeselkan mukanya ke muka anda maka kucing anda akan menggeselkan muka nya di kaki anda. Ini adalah proses kucing biasa untuk kucing anda meninggalkan bau atau scent kepada diri anda. Wah balik rumah selepas ini cuba perhatikan ye!

Terdapat kucing yang tidak suka disentuh atau diriba oleh sesiapa. Ada pula kucing yang akan membenarkan orang tertentu meribanya. Untuk membantu kita membentuk sifat kucing adalah dengan sentuhan dan belaian halus seawal 2- 7 minggu. JANGAN selalu menjerit atau mengejar anak kucing tanpa sebab kerana ini akan menyebabkan kucing takut dan trauma. Komunikasi dengan tenang dan lembut untuk menyakinkan kucing anda berniat baik.

Kucing yang berbaring dengan perut terdedah dan membenarkan anda menggosok bahagian perutnya menandakan bahawa sicomel sangat yakin dan selesa dengan anda kerana perut adalah bahagian yang paling sensitive..

Ekspresi Muka dan bahasa tubuh

Mata hitam kucing jika membesar ia menandakan bahawa kucing anda sedang diransang sama ada rasa takut, marah dan gembira. Renungan mata yang berterusan dan mata hitam besar bermakna ia sedang mencabar lawannya atau ready to attack!!! Kalau telinga kucing kebelakang ia bermakna kucing itu takut dan mempertahankan diri. Telinga kedepan atau menegak bermakna kucing ini yakin dan selesa. Sekiranya telinga kucing ke atas ini bermakna kucing ini ingin mengetahui sesuatu.

Manjakan Kucing

Jangan terlalu manjakan kucing, melainkan anda pasti akan sentiasa berada bersama kucing setiap masa. Ini adalah kerana kucing yang terlalu manja akan tertekan dan jatuh sakit apabila anda terpaksa berjauhan buat seketika kerana kerja. Bila kucing sakit dan perlu dihantar ke hospital anda juga mungkin akan bermasalah apabila anda tidak dapat melawat kucing anda setiap hari.

Ok Uolls ini baru sikit yang kita kongsikan, untuk tabiat kucing yang lain kita sambung di sesi akan datang.

Regards
Naj Kay

Thursday, 21 April 2011

Intermission Part 3,

Intermission part 3

Last time on part 2 I’ve shared my story about Bobo chack, now in part 3, I’m going to tell you a few situations that we’ve faced while handling Bobo in our life.

Silence Ambuse!!
One lovely morning..I guess Achak is around 3 months old…actually during that time, Leen’s busy mopping the house and I’m busy gardening..suddenly my lovely Bobochak..has been attack by stray cat “OYEN” we called that particular cat as the Ketua Kampung. I was so panic and ran to safe Bobochak. When I get there, Chak already..lying , crying and not moving huhu so sad. Leen says” how come lah that Ketua Kampung boleh pukul Achack kan..Achack kan masih kanak” .I’ve picked Achak up with me and hold it tide…For 3 days, achak struggle to survive..alhamdulillah finally achak fully recovered after special medication treatment from Kak Leen.


Deep in the Toilet Hole!!
As usual, we left Achak in the house by itself while we are working. I still remember on that day, Aleen’s expecting furniture sets arrived all the way from IKEA KL. So we get back on time to our home. Once we get in, I keep calling Achack’ s name but no respond as day before. Basically Bobo will respond and miow when I call it’s name. So Leen & I keep looking around the house but failed to find Bobo. “Where did Achack go ha Aleen?” “ Entah le..” Out of no where we can here sayup2 Achack’s voice deep down from the toilet. So we checked out what actually happen? Ya Allah!! Leen jerit sambil menangis…Achak!!! It is because Bobo already get in the Toilet Hole…yak Lubang Toilet. Without further delay..Leen try to pulled Achak up from the hole..after a few trial…finally she made it..again syukur to Allah..Quite funny lah muka Achack on that moment..it’s like..tikus mondok jatuh longkang hahhaa


Achak Hospitalized!!
Pity Achak..so sad
This experienced I will never forget for my whole entire life..it’s quite critical for Achak’s health situation..I still remember a few day before Hari Raya Aidilfitri, Achak having difficulties on pee..means achak cannot kencing as usual. When we touch Achak’s stomach, it will sound mengerang very bad, so it shows that Achack’s in painful situation. So pity to him, we send achaks to nearest Veterinar and everything back to normal.



So I went back to my hometown to celebrate that special day. Aleen send Achak for boarding because, they are going back to Ipoh to celebrate Hari Raya. After a few days Aleen fetch Achak from boarding and she find out Achak’s health getting worst. That nite, Aleen send him to animal medical hospital at Sentul. When I heard about this news, I was so sad and tears fall of my eyes. “Poor Achak!!” Achak warded for 5 days, and it cost us for about RM780 perghh finally Chak back to normal again Syukur to Allah…When I tell this to my lovely sister Kak Mon, she said, “Macam nie baik bela orang daripada kucing!!” Then I just senyum hehe..
Macam Kucing g Bulan ek



Lost In the Middle of Night!

From my room, I’ve heard Leen’s shouting loudly, “ Jee Achak hilang!!!” OMG..without any further delay, I ran to Leen and ask her “ How did Achak escape?” Finally after 100% inspection, we find out that, one of the sliding door is not close properly. When I look at the time it’s already 45 minutes past 12 am. We look after Achak around the taman eventhough it’s already late at night. Hahaha when we think about it, it’s quiet funny hoh..because me myself always afraid be in the dark especially at night. But then, in order to search my pity lovely cat, I don’t care, we keep calling Achak’s name but no responds. Our sweet neighbor try to help when he ride his motorbike and start searching around but still negative.

We almost give up, when Leen suddenly says” Kalau tak jumpa Achak malam ni, I janji tak nak bela lagi kucing” Because this is our second time facing this kind of situation whuaaa. But I really don’t know how, when I heard Leen says that words it really make me sad and more bersemangat to find Achack no matter what. I just follow my instinct , and I try the petua from Ibu alin “ kalau kucing hilang, cari lah dia tak jauh perginya tu, lepas tu kalau terjumpa kucing lain pesan kat kucing tu macam ni, Nampak Achak tak MR Grey?(Mr. Grey tu kucing yang saya terjumpa ketika mencari Achak) Kalau kamu terjumpa dia pesan kat dia kami cari dan suruh beliau balik rumah ya” This petua it really works you know, when finally I saw a cat I did what Ibu’ s pesan and that cat starring at me and looking at one house, it’s like he try to tell me that Achak is there. When I go to that house, I call Achak’s name and amazingly my lovely cat jump out from that house Alhamdulillah syukur..I am so happy to see Achak’s run to me.

Till we meet again with my new story k

Best Regards

Najiha

Sunday, 10 April 2011

Tips Untuk Memiliki Kucing!!!

Tips untuk memiliki kucing kesayangan anda!!!

Bila saya terbaca satu artikel kat dalam internet… memang teringin sangat rasanya nak share benda ni dengan pembaca-pembaca lain yang ingin mengetahui tentang kucing dengan lebih lanjut. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak membela kucing kesayangan kan? Harap-harap maklumat di bawah ini dapat membantu jom kita tengok sama-sama.

A) Memilih kucing kesayangan

Andainya anda mencari kucing yang sesuai untuk dijadikan haiwan pemeliharaan, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran membuat pilihan. Sebab kini terdapat kira-kira 40 baka kucing dan lebih kurang 500 jenis kucing yang berlainan. Secara amnya terdapat 4 kumpulan kucing yang utama, kucing berbulu panjang, kucing berbulu pendek, kucing siam dan kucing berbulu pendek asing. Di Malaysia, baka kucing berbulu panjang seperti kucing Persia lebih popular kerana ia amat cantik.

Walau apapun, setiap baka kucing adalah berbeza dari segi pembawaan dan tabiat. Jadi lebih baik untuk mengetahui baka mana yang lebih sesuai dengan diri anda sebelum membuat pilihan. Sesetengah pemilik kucing lebih menggemari kucing tempatan kerana kucing tempatan lebih riang, manja, setia dan seronok diajak bermain.

B) Adakah jantina kucing satu persoalan ?
Sama ada memilih baka jati atau tempatan, persoalan yang sering timbul ialah jantina kucing. Sebagai contoh, kucing jantan agak manja tetapi suka merayau-rayau untuk tempoh yang lama dan cenderung bergaduh dengan kucing yang lain. Kucing betina sebaliknya jarang merayau walaupun manja.
C) Di mana hendak mendapatkan kucing ?
Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) di Malaysia biasanya mempunyai kucing yang memerlukan tuan yang penyayang. Anda boleh menghubungi mereka di talian03-4565312.

Sekiranya anda lebih menggemari kucing pedigri dan ingin mengenali sesuatu baka dengan lebih mendalam, anda boleh menghubungi Kelab Kucing Malaysia di 03-87366408.

Walau apapun pilihan anda, pastikan kucing itu sihat. Sentiasalah pilih kucing yang aktif, dengan mata yang ceria dan bulu yang bersih berkilau.



Memahami Keperluan Si Comel

i)
Pemakanan
Si comel memerlukan set perkakas makan tersendiri-sebuah mangkuk untuk makanan
dan sebuah lagi untuk air. Ia perlu bersih dan dicuci beransingan daripada minggan mangkuk anda. Si comel juga lebih sesuai dibiarkan makan di sudut yang senyap,
jauh dari dulang kumbahannya.


ii)
Tiang Menggaru

Sediakan tiang menggaru untuk mencegah si comel daripada menggaru perabut anda. Ia sebaiknya dibuat daripada kayu dan dilapik dengan hamparan atau tali dengan tapak
yang kukuh dan cukup tinggi agar si comel dapat menggaru dengan sepuasnya.

iii) Alat mainan
Seperti juga dengan kanak-kanak, benda-benda murah seringkali memberi lebih kepuasan bermain seperti gelendong benang yang lama, beg kertas yang besar, malah kaki anda sekalipun.
iv) Katil
Sediakan katil, bakul atau kotak yang lembut, yang dinaikkan sedikit dari aras lantai, di sudut yang cerah tetapi tidak berangin. Si comel tidur hampir 75% daripada masanya, jadi tempat tidur haruslah selesa untuk mencegahnya daripada berbaring di kerusi atau katil anda.
v) Perselisahan
Jangan sekali-kali memukul si comel sebab ini akan menyebabkannya keresahan. Jika si comel enggan mematuhi arahan, pancutkan sedikit air dengan pistol mainan. Si comel tidak akan menyedari sumber airnya dan tidak akan mengaitkan anda dengan hukuman tersebut, jadi ia akan tetap manja dengan anda.
Memahami Keperluan Kesihatan Si Comel
A). Mendandan
Si comel berbulu panjang perlu diberus setiap hari, ini bukan sahaj menguatkan ototnya malah membantu mencegah bulu kekusutan. Si comel yang pendek bulunya juga harus dibelai dengan tangan yang lembap untuk memelihara bulunya agar berkilat.

B) Kutu
Si comel mungkin mempunyai kutu jika kerap menggaru dan menggigit dirinya. Ada banyak rawatan yang mudah dan produk untuk menangani masalah ini tetapi jika kurang pasti, dapatkan nasihat doktor haiwan.Jangan lupa bersihkan tempat tidur
si comel dan kawasan sekitarnya.
(Petua mak : Satu liter air dan satu sudu cuka makan untuk hilangkan kutu)


C) Kebersihan
Pastikan kebersihan dengan mencuci mangkuk makanan dan membuang makanan yang tidak dimakan selepas tempoh yang agak lama.
D) Suntikan
Pada usia 6-12 minggu, si comel perlu disuntik untuk mencegah Feline Infectious Enteritis dan penyakit pernafasan. Suntikan tahunan dapat memastikan si comel mendapat perlindungan berterusan.
E) Jangkitan Telinga
Jika si comel menggeleng kepala dan menggaru telinganya, lihat sama ada terdapat benda asing. Jika ia berbau, atau hadirnya butiran hitam yang kecil, segera dapatkan nasihat doktor haiwan.
F) Sakit Mulut
Kehadiran tartar pada gigi boleh menyebabkan sakit gusi, pemborokan dan gigi longgar. Ini akan menjejaskan selera makannya taua si comel terpaksa mengunyah di sebelan mulutnya sahaja. Kalau ini berlaku, si comel memerlukan rawatan doktor gigi. Dalam kes kecemasan, lumutkan mulutnya dengan larutan garam cair.
Bagaimanakah anda mengenali kucing yang bunting ?

Anda tidak akan mengetahuinya dengan segera sebab tanda-tanda kebuntingan
hanya akan muncul selepas kira-kira 3 minggu. Kucing yang mengandung akan digelar bunting. Di peringkat ini, anda akan mendapati putting kucing lebih menyerlah dan selera makannya bertambah. Pada minggu keempat dan kelima, perutnya lebih membonjol. Di peringkat ini, ia harus diberi satu hidangan tambahan.

Kucing anda akan akan kelihatan lebih bunting pada minggu keenam, dan seleranya juga akan bertambah. Makanan yang mudah hadam dan berkhasiat harus diberikan. Sepanjang tempoh buntingnya pastikan kucing anda sentiasa tenang dan galakkan ia supaya bersenam dengan bermain. Sediakan juga tempat beranak yang sesuai pada minggu ketujuh. Ia boleh dibuat daripada kotak kadbod dan timbunan suratkhabar lama di tempat yang agak tersorok di dalam rumah.

Tempoh bunting kucing adalah lebih kurang antara 63 hingga 66 hari.

Mengenali tanda-tanda Kucing Yang Akan Beranak
Beberapa hari sebelum beranak, suara kucing anda akan berubah secara dramatik.

Semakin dekat harinya untuk beranak, ia akan hilang selera makan dan asyik terbaring untuk mencari kedudukan yang sesuai.

Proses beranak tidak memerlukan sebarang bantuan; kecualilah jika berlaku sesuatu yang tidak kena, hubungilah doktor haiwan dengan segera.Pada amnya, ibu kucing mampu beranak dengan sendiri; melahirkan seekor anak kucing setiap 5 minit atau lebih. (sesetengah kucing mengambil masa yang lebih lama,tidak corak yang tetap).

Keibuan dan kucing anda
Anak kucing semakin manja dan memerlukan lebih tumpuan apabila ia kian membesar. Selera makannya juga semakin bertambah, dan ibu kucing mungkin mengalami tekanan penyusuan. Untuk menjaga kesihatan kucing anda, berikannya sehingga 4 hidangan
sehari, bekalan air yang bersih sepanjang masa.

SUMBER: http://www.farha.wakaf.net/kucing.html
WEB PROMOTER: Dragonizer

Tuesday, 1 March 2011

My sweet BoBoChak..

Intermission...part 2

Cute..pufpuf...and sweet is a criteria to choose my sweet little kitten from Mior Petshop. We set that in our mind while looking for that particular cat. When we get in the shop..again Leen and I was shocked when we can see very familiar cat in the cage. Guess what? It's Cummi..so we are very excited and start to call that black persions Kureps (it means kurap hahaha) cat as Cummi..but Mior (the owner of that petshop) firmly says, that this is not Cummi. We decide to buy that black persions kureps. But someone else already bought that cat..again we are so frust to hear that...I'm so down, because I'm so sure that cat is Cummi.

Leen try her very best to get Cummi back, so she contact the buyer. The buyer is one of UiTM Seri Iskandar's  staff. If I'm not mistaken kak Sarah namanye. From kak Sarah we know that cat belongs to her daugther for her coming birthday present. Then kak Sarah ask Leen back why are you really interested on that particular cat? So Leen told kak Sarah about our story few weeks a go. Finally we decide to let that Cummi go because, just imagine, tak sampai hati nak grab back that cat from that girl. Because we can put ourself to the that girl shoes..for sure sedih gile kan..so tak pa lah it's not our rezeki to get you back Cummi. I wish that Cummi and that lucky girl happy.

Suddenly...Mior take a carrier from his car and..we can see a dozen of multicoloured kitten in that carrier. We are so excited and start to choose a kitten. They are so cute, pufpuf, longhair and we are getting confius to make our choice. Hahaha so funny bila Leen keep pulling out one by one each kitten and start to observe every angle. " Hah..yang ni cute..eh...yang ni lagi cute! OMG mana satu ni..ke kita kena beli 2 ekor?" Leen dah out of control when all the cute kitten infront of her. Then I said, " hahaha are you nuts? Just choose 1 not 2" So after sometimes we made our decision and we choose 1 cute, sweet pufpuf dark and light brown kitten with a very reasonable price.

My Dearest BOBOChak
I'm so happy and lucky to have that cute cat. Tq to my very best friend ever Leen, for giving me the oppurtunity to have that cat. It's only 2 moths old, very small and manja..We name that cat as BOBO..hehe so since that moment I have another routine to do in mylife in order to make sure BOBO's healthy and safe. I still remember 1 of my best friend Hajar A.K.A Jay..bagi tip how to evaluate cat is from how lawa that cat walk..so we show our BoBo to her, then she said.."I tak minat lah ..gaya jalan nye kurang lawa"..hahhaaha semua orang gelak. Bole! gaya jalan is of the main criteria to evaluate cat funny huh!. One thing so special about this tinny kitten, it's love to be in my shoulder while I'm driving and loves to be in car...hahaha so it will be no problem to travel.

Now BOBO already a year plus  living with us and we are facing a number of situation with that cute BOBO which I can share with all reader in part 3 story hehehe..

Have a nice day..

Thursday, 24 February 2011

New Kitten In Town

Hai to all...



Jun 2009...Leen & I visit to the nearest petshop ever in our residents area SERI ISKANDAR Perak...We decide to have a look at the pet shop after a month heart break hilang "CUMMI"...black persian cats..the one that we found in Ritz's car's engine ....I still can remember that moment until now..when Ritz pull out a tinny black persians...Leen & I screaming and jumping like crazy hahahaha...then bawak balik that cute cat into our room "Quality Hotel Shah Alam"...since that moment we always bring our Cummi everywhere includes to PullMan hotel Putrajaya & Tower Regency Ipoh. Cummi keep on check-in and check-out any hotel that we visit...funny ha  "animal is not allowed in hotel"..so!! we used so many ways to bring Cummi to the hotel termasuklah keep Cummi in my big hand bag...so gila lah...just imagine while checking in...Cummi miow every single minute until one of the hotel staff realised wierd sound from my hand bag..Leen & I start our drama moment...hahaha..Leen dialoge "Eh...HP u berbunyi lah..." hahahah eventhough we can hear clearly Cummi voice from my hand bag...Cummi had turn our life brighter and happier...until one day at our home sweet home..That nite...I had a bad fever...so i just lay down and relax and fall a sleep..suddenly Leen wake me up rushly..and says..."Jee Cummi dah hilang???" What? I was so  shocked and get up immediately eventhough I had bad headache..at 1am in the morning, we are linggering around the taman for about 2 hours to search that comel cat..We failed to do so..."Mana lah si kenit nie?"...I'm so worried, can not get my sleep nicely that nite...Early in the morning I try again to find Cummi eventhough I'm still having my fever..but it doesn't work..look out from the window and I whispering..."Cummi kamu dimana?? mengalir air mata" Than, I've walked around the taman for the whole day..Jadi tak malu lak..coz keep asking all the kakak around the taman "ada tak nampak anak kucing warna hitam ari ni?" Everyone says no...frust again..Sorry Cummi...we did our best to find u back but...hanya Allah yang tahu how I feel that time...Finally..Leen ask me to follow her to some place so called Petshop...and she asked me to choose one kitten to be our new pets...than I choose 1 cute dark + light brown and long hair kitten and we named it as "BOBOCHAK" and we still keep that cute cat until now eventhough there still a story about that cute cat...to be CONTINUED...
Inilah BoBoChak!!!