Tuesday, 26 April 2011

TABIAT SI COMEL KESAYANGAN ANDA!

Tabiat Kucing

Menurut Dr.
Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok, (DVM , UPM Serdang) terdapat beberapa tabiat kucing yang boleh menjadi panduan kita untuk memelihara kucing dengan baik. Seronok rasanya kalau kita dapat berkongsi info ini untuk kita memelihara kucing dengan lebih baik lagi.

Sentuhan dan Bau

Jika kita perhatikan, 2 ekor kucing yang dipelihara oleh seorang pemilik akan selalu tidur berhampiran satu sama lain. Mereka akan menggeselkan muka dan pipi apabila bertembung. Oleh kerana kucing tidak dapat menggeselkan mukanya ke muka anda maka kucing anda akan menggeselkan muka nya di kaki anda. Ini adalah proses kucing biasa untuk kucing anda meninggalkan bau atau scent kepada diri anda. Wah balik rumah selepas ini cuba perhatikan ye!

Terdapat kucing yang tidak suka disentuh atau diriba oleh sesiapa. Ada pula kucing yang akan membenarkan orang tertentu meribanya. Untuk membantu kita membentuk sifat kucing adalah dengan sentuhan dan belaian halus seawal 2- 7 minggu. JANGAN selalu menjerit atau mengejar anak kucing tanpa sebab kerana ini akan menyebabkan kucing takut dan trauma. Komunikasi dengan tenang dan lembut untuk menyakinkan kucing anda berniat baik.

Kucing yang berbaring dengan perut terdedah dan membenarkan anda menggosok bahagian perutnya menandakan bahawa sicomel sangat yakin dan selesa dengan anda kerana perut adalah bahagian yang paling sensitive..

Ekspresi Muka dan bahasa tubuh

Mata hitam kucing jika membesar ia menandakan bahawa kucing anda sedang diransang sama ada rasa takut, marah dan gembira. Renungan mata yang berterusan dan mata hitam besar bermakna ia sedang mencabar lawannya atau ready to attack!!! Kalau telinga kucing kebelakang ia bermakna kucing itu takut dan mempertahankan diri. Telinga kedepan atau menegak bermakna kucing ini yakin dan selesa. Sekiranya telinga kucing ke atas ini bermakna kucing ini ingin mengetahui sesuatu.

Manjakan Kucing

Jangan terlalu manjakan kucing, melainkan anda pasti akan sentiasa berada bersama kucing setiap masa. Ini adalah kerana kucing yang terlalu manja akan tertekan dan jatuh sakit apabila anda terpaksa berjauhan buat seketika kerana kerja. Bila kucing sakit dan perlu dihantar ke hospital anda juga mungkin akan bermasalah apabila anda tidak dapat melawat kucing anda setiap hari.

Ok Uolls ini baru sikit yang kita kongsikan, untuk tabiat kucing yang lain kita sambung di sesi akan datang.

Regards
Naj Kay

3 comments:

  1. I just want to share with u a fren of mine yang sangat-sangat dan sangat memanjakan kucing dia sampaikan sanggup melakukan apa sahaja demi kucing dia.. Pergi mana-mana pun ingat kucing n dia sanggup tak makan janji kucing makan.. Well, what to do.. janji dia happy kan!! Nanti i citer pasal ada satu hamba Allah ni jadi hamba kucing pulak..hikhik :-)

    ReplyDelete
  2. wow I really can't wait to know who's that pokeman Ritz!!! ce cite...ce cite...

    ReplyDelete
  3. ct kena suggest blog ni kat kengkawan yg syg kucing...menarik!

    ReplyDelete